Thursday, July 23, 2009

PROGRAM PASTI TERDEKAT

Hari ini masih ada beberapa perkara disiapkan untuk pameran yang masuk hari kedua. Sebentar lagi akan ke tapak pameran di Laguna Merbok. Esok pagi baru sempat untuk hadirkan diri dalam Tamrin & Jambori guru PASTI Kedah kat Arus Deras Sedim. Semoga guru yang mendaftar petang tadi dari seluruh Kedah selamat semuanya dan mampu mengikuti program yang disusun oleh MGP dan Unit Latihan.
Petang esok terpaksa balik kawasan untuk penganjuran seminar teknik menjawab peperiksaan PMR pagi dan SPM petang Jumaat dan Sabtu. Seminar ini sudahpun bermula Jumaat minggu lepas untuk UPSR dan disambung minggu ini untuk PMR dan SPM, manakala bagi STAM dan STPM berlangsung 7 dan 8 Ogos nanti. Semuanya berlangsung di Dewan Pejabat PAS Kawasan Jerai secara percuma anjuran PKWR DUN Sg. Limau, dengan kerjasama Lajnah Pendidikan PAS Jerai dan Pemuda Jerai. 
Hari Sabtu masih memikirkan untuk ke Kuala Lumpur taklimat pengurusan PASTI Pusat kerana wakil lain tak dapat hadir.
Antara program terdekat :
  • 6 - 8 Ogos Kursus Lanjutan guru PASTI Kedah
  • 8 Ogos  Kursus Pengurus-pengurus PASTI Kedah
minggu depan tiada program khas, beri peluang kepada semua hadir Demontrasi Mansuhkan ISA kat Kuala Lumpur.

PANORAMA SEMASA HARI PERASMIAN


PANORAMA PAMERAN




SEMASA MEMBUAT PERSIAPAN 21 JULAI 2009 (AKHIR 11.20 MALAM


PAMERAN PASTI KEDAH DI FESTIVAL KEDAH SEJAHTERA

Alhamdulillah, PASTI Kedah telah dijemput oleh Jawatankuasa Pelajaran Negeri Kedah untuk bersama-sama menjayakan pameran pendidikan. Dengan peluang yang diberikan ini semoga dapat mendekatkan PASTI dengan masyarakat serta mendapat pandangan yang membina daripada semua pihak. 
Walaupun ini kali pertama di jemput membuat pameran, pihak AJK yang terlibat berusaha tanpa mengenal penat lelah bagi mempersiapkan bahan untuk pameran. Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas PASTI dan tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Pelajaran Negeri Kedah. 

Pameran PASTI berada dalam khemah ketiga selepas pentas utama bersebelahan khemah pameran kereta dan moto yang tidak berbumbung. Antara booth pendidikan yang lain SMA Yayasan Khairiah, SMA Taufiqiah, PASTI, Maktab Mahmud, Perpustakaan Awam Kedah, Kolej Islam Darul Ulum dan INSANIAH.
Selamat berkunjung ke 'booth' PASTI Kedah.


Sunday, July 19, 2009

RAYUAN TABUNG KEBAKARAN SAIF

Kebakaran yang berlaku di Sekolah Integrasi Faizin amat mendukacitakan. Sekolah tersebut sering dijadikan tempat untuk pihak PASTI Kedah melaksanakan program dan kursus-kursus guru.Walaupun hanya satu blok yang terbakar, tetapi kesukaran memperolehi dana ketika mendirikan bangunan tersebut amat sukar.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no akaun 02084010028830.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Sekolah 012 4827563 atau Ust Mohamad Ismail, Setiausaha Lembaga tadbir 019 4227323.
Pihak sekolah merayu sumbangan SEGERA seperti berikut:
1. Meja dan kerusi murid 65 Unit - 1 Unit RM100.00
2. White board - 2 Unit
3. Peralatan pejabat membeli kelengkapan bilik darjah yang4. Komputer5. DLL
SUMBANGAN BUKU DAN BEG SEKOLAHPihak sekolah juga akan mengganti semula buku dan beg sekolah murid-murid yang musnah terbakar yang melibatkan 65 orang murid dengan anggaran kos RM150 untuk satu set lengkap. Anda boleh sama-sama menaja beg dan buku

MUSIBAH WARIS PASTI

Pada 17 Julai yang lalu, Pengarah PASTI Kedah, Timbalan Pengarah serta rombongan daripada MGP Kedah serta pengerusi PASTI Padang Serai telah melawat waris pelajar Pasti Al-Amin, Padang Serai di Hospital Kulim yang tercedera dalam kebakaran yang berlaku di rumah mereka di Taman Perak. 2 orang kakak pelajar dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar wad ICU.
Pihak PASTI negeri dan kawasan telah menghulurkan sedikit sumbangan dalam ziarah ringkas yang diadakan. Kunjungan Pengarah PASTI ke Padang Serai juga bertujuan berbincang dengan jawatankuasa PASTI untuk menyelaras dan mempersiapkan bahan pameran PASTI sempena Festival Kedah Sejahtera yang akan diadakan di Bandar Laguna Merbok tak lama lagi.

Sunday, July 5, 2009

AKTIVITI PASTI KEDAH

PROGRAM TERDEKAT
  1. Pameran PASTI Kedah di Festival Kedah Sejahtara pada 22 hingga 28 Julai 2009 di Bandar Laguna Merbok.
  2. Tamrin & Jambori Guru PASTI Kedah pada 23 hingga 25 Julai 2009 di Sedim.

SELAMAT BERJUMPA KEMBALI

Assalamualaikum

Terlebih dahulu maaf di pohon kerana sudah lama tidak di kemaskini blog ini. Banyak tugasan lain yang terpaksa dilakukan sehingga terabai untuk memaklumkan kepada semua maklumat dan aktiviti PASTI KEDAH.

Insya Allah pihak kami akan cuba untuk memanfaatkan blog ini sebagai penyampai kepada semua pihak khususnya aktiviti PASTI KEDAH.

Sekian, terima kasih